Tajuk
Kod amalan akuakultur baik bagi sistem ternakan ikan air tawar dalam sangkar
Tempoh ulasan umum
01 October 2025 – 30 October 2025
Download
Download Draft Download Comment Form
Highlight
Standard ini menetapkan kod amalan akuakultur baik untuk sistem ternakan ikan air tawar dalam sangkar yang bertujuan memastikan aktiviti akuakultur yang mampan melalui penghasilan ikan air tawar yang selamat, bebas daripada penyakit dan berkualiti. Standard ini merangkumi semua peringkat penternakan ikan air tawar sehingga amalan pasca penuaian yang juga merangkumi proses penghantaran (point of delivery) dengan mengambil kira aspek kesihatan dan kebajikan ikan serta tanggungjawab alam sekitar dan sosial. Kod amalan akuakultur baik ternakan ikan air tawar dalam sangkar ini tidak meliputi proses pembenihan, pemeliharaan awal (nursing) dan aktiviti seperti pemprosesan, pengedaran dan penjualan.